Panduan FPL dalam Bahasa Melayu
Untuk yang baru mula, dan untuk yang selalu tersangkut dengan istilah. Istilah bola dikekalkan dalam Bahasa Inggeris supaya senang sama bila baca di tempat lain.
Mula dari sini
Daftar dan bina pasukan
Pilih 15 pemain dengan bajet yang diberi. Perlu ada 2 penjaga gol, 5 pertahanan, 5 pemain tengah dan 3 penyerang.
Pilih 11 utama dan kapten
Susun formasi dan pilih kapten. Mata kapten digandakan, jadi ini keputusan paling penting setiap minggu.
Ambil tahu deadline
Pasukan dikunci pada deadline. Kami letak waktu Malaysia pada setiap tips dan di bahagian atas laman supaya kau tak terlepas.
Baca tips mingguan
Setiap gameweek kami tulis kapten, transfer, chip dan berita cedera. Ringkasan untuk yang malas ada di atas.
Sertai liga
Main dengan kawan dalam mini-league. Sertai Liga FPL Malaya untuk bandingkan dengan pemain lain di Malaysia.
Kod liga: 88mm35
Chip: apa dan bila
- Wildcard
Transfer tanpa had dan tanpa tolak mata, dan perubahan kekal. Biasanya digunakan bila pasukan perlu dirombak, contohnya ramai pemain cedera atau fixture berubah.
- Free Hit
Pasukan baharu untuk satu gameweek sahaja, kemudian pasukan asal kembali. Biasanya untuk gameweek yang ramai pemain kau tiada perlawanan.
- Bench Boost
Mata semua pemain bench turut dikira dalam satu gameweek. Biasanya paling berbaloi bila bench kau juga ada perlawanan dan peluang bermain.
- Triple Captain
Mata kapten dikira tiga kali ganda, bukan dua. Biasanya untuk pemain yang ada fixture mudah atau dua perlawanan dalam satu gameweek.
Bilangan chip dan bila ia boleh digunakan berubah ikut musim. Semak peraturan rasmi FPL sebelum merancang.
Istilah FPL
- Gameweek (GW)
Satu pusingan perlawanan Premier League. FPL kira mata mengikut gameweek.
- Deadline
Masa terakhir untuk ubah pasukan sebelum gameweek bermula. Selepas itu pasukan dikunci.
- Captain / kaptenKapten dan naib kapten
Pemain yang mata dia digandakan. Jika kapten tak main langsung, naib kapten ambil alih.
- Free transfer
Transfer percuma yang kau dapat setiap gameweek. Transfer tambahan kena tolak mata (hit).
- Hit-4 mata
Mata yang ditolak untuk setiap transfer melebihi free transfer. Fikir dua kali sebelum ambil hit.
- Bench
Empat pemain simpanan. Mereka masuk automatik hanya jika pemain utama tak bermain.
- Clean sheet
Pasukan tak kemasukan gol. Pertahanan dan penjaga gol dapat mata untuk ini.
- Differential
Pemain yang dimiliki sedikit pengurus. Berisiko, tapi boleh naikkan kedudukan dalam liga.
- Home dan away
Home bermaksud main di stadium sendiri. Away bermaksud main di stadium lawan.
- Fixture dan FDRFixture Difficulty Rating
Jadual perlawanan, dan skor kesukaran dari 1 (mudah) hingga 5 (sukar) yang FPL beri untuk setiap perlawanan.
- xG, xA, xGIExpected goals dan assists
Anggaran kualiti peluang. xG ialah jangkaan gol, xA jangkaan assist, xGI gabungan kedua-duanya.
- Rotation dan minutes
Pemain direhatkan bergilir. Minutes ialah jumlah minit bermain, tanda pemain itu pilihan utama atau tidak.
- Mini-league
Liga antara kawan atau komuniti, contohnya Liga FPL Malaya.
- Wildcard
Chip yang membenarkan transfer tanpa had dan tanpa tolak mata, dan perubahan kekal.
- Free Hit
Chip untuk satu gameweek sahaja. Pasukan kau kembali seperti asal selepas itu.
- Bench Boost
Chip yang kira mata semua pemain bench dalam satu gameweek.
- Triple Captain
Chip yang gandakan mata kapten jadi tiga kali.
- Double dan blank gameweekDGW dan BGW
DGW ialah gameweek dengan dua perlawanan untuk sesetengah pasukan. BGW pula, ada pasukan langsung tiada perlawanan.
Tiada istilah ditemui. Cuba kata kunci lain.